Ramakrishna Math
Ramakrishna Math

Ramakrishna Math

Ramakrishna Math merupakan sebuah persaudaraan rahib yang ditubuhkan oleh Swami Vivekananda berdasarkan ajaran Sri Ramakrishna. Pertubuhan ini dianggap sebagai sebahagian daripada pergerakan reformasi Hindu yang bermula di India. Ibu pejabat Ramakrishna Math dan pertubuhan kembarnya, Ramakrishna Mission terletak di Belur Math (di Bengal Barat, India). Ramakrishna Mission merupakan sayap sosial Ramakrishna Math yang terlibat dengan pelbagai aktiviti kemanusiaan dan penyebaran ajaran Ramakrishna-Vivekananda. Kedua-dua Ramakrishna Math dan Ramakrishna Mission juga dikenali sebagai Ramakrishna Order atau Ramakrishna Sangha. Setakat 2015, pertubuhan kembar ini mempunyai 179 cawangan dalam dan luar India. Di India, terdapat 46 cawangan Ramakrishna Math, 65 cawangan Ramakrishna Mission, 23 cawangan gabungan Math dan Mission. Di luar India pula, 23 cawangan Ramakrishna Math, 12 cawangan Ramakrishna Mission, dan 10 cawangan gabungan.